Jumaat, 19 Julai 2013

Kenangan Awak dan Saya

Selepas hari terakhir kita jumpa, 6 bulan kita cuma berhubung melalui mesej dan call jer kan..


Banyak benda yang kita pelajari sepanjang perkenalan kita kan. Kita selalu gaduh, gembira, dan kadang-kadang membuatkan saya dan awak mengalirkan air mata. Mungkin inilah ragam dalam perkenalan kita. Walaupun jauh dan jarang jumpa tapi kita macam dah kenal lama kan. Cerita macam-macam benda. Berkongsi pendapat yang kadang-kadang menimbulkan perselisihan faham. Pastu merajuk. Ada jugak adegan pujuk memujuk tapi melalui telefon jer lah. Haha. Memang kelakar. Awak nak tau tak saya sayang sangat kat awak. Saya harap awak pun sama.


Awak nak tau. Ada masanya saya akan cuba menolong awak sedaya upaya walaupun saya rasa susah. Tapi ada masanya saya tak mampu nak tolong awak sebab saya tak berkemampuan nak tolong awak. Sebab itulah kadang-kadang saya rasa macam nak marah kalau tak dapat nak tolong awak. Sebab saya tak tau nak tolong awak macamana dah. 


Lastly, saya nak cakap satu perkara lagi. 


Ok. Itu sahaja. Kalau lah awak baca catatan nie saya harap awak faham apa yang saya rasa. 
Lots Of Love.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.