Khamis, 24 April 2014

Nogori Sembilan & Melaka

Assalamualaikum dan hai semuaaa...!!

Lama x menjenguk blog nie. Almaklumlah semenjak kerja. Haha. Poyo jer semua tu. Alkisah cuti sabtu baru nie. Muka konfiden dan semangat waja lepas habis kerja pukul satu kami berdua terus bergegas ke negeri sembilan untuk kenduri kecil-kecilan sebelum abah sopiko lala dan geng2 seangkatannya pergi menunaikan Umrah. Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan walaupun cuaca panas terik tapi tetap ada mendungnya. Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya. Yeayyyy. Sampai saja di Negeri sembilan dalam pukul 3 lebih kalau tak silap aku. Huhu. Apa lagi yang mampu aku buat kan. Masa untuk makan....!!!!!! Hahaha. Perut dah macam dinosour tahap lapar tu. Ngap ngap ngap. Kenyang. Rehat dan sembang2 dengan ahli keluarga. Haha. Bajet kan. Padahal duk melangut layan running man. Upssss. Sape pulak pasang citer Running man nie. Adehhhh.

Then, masa untuk bergerak balik ke kl. Tetiba abah sopiko lala nie boleh  pulak ajak gi melaka. Aku dah lah tak bawa kain baju bagaiii. Ohhhhh. Tapi nak buat camner kan. Aku redah jer gi melaka saing2 ngan abah sekeluarga. Sampai Merlimau melaka pon dah malam. Pas maghrib camtu kalau xsilap aku. Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya. For your information, cewahhhhh!! kami berdua naik motor jer k. Perghhhh. Gigih giler kan. Nak tercabut urat2 aku. Hahahahahaha. Esoknya ahad, g breakfast ngan abah sefamily dan keluarga abg ngah. Okehhh. Dah mula kenal adik beradik sopiko lala nie ok. Kenal dengan jayanya. Pas dah breakfast kitorang gerak asing2. Aku ngan sopiko lala bergerak ke bandar hilir. Jenjalan jer lah dah alang2 sampai kan. Then, gerak balik sampai basah (ujan lebat kat seremban). Pastu selamat sampai KL lewat petang. Alhamdulillah. Jom rolling balik gambar2 kat melaka. Mengimbas kenangan lalu. Hahahahaha. Layannnnn.










#TheEnd #KamiBerdua #N9 #Melaka #19April2014 #20April2014 #jHappy #Jelajah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan