Assalamualaikum semua...
Nothing to say. hehe. Hati aku tersangatlah EXCITED sebab menunggu detik nak balik ke rumah @ TERATAK 71 yang aku sayangi. I want to meet my lovely mum and dad and also my younger sister and younger brother. hati pun berbunga-bunga. of course lah sebab dapat cuti mid sem sampai 11 november. satu jangka masa yang lama untuk kita bercuti. aku balik hari isnin, 24 oktober 2011... Tiket bas dah beli. Tinggal menghitung hari, hari, masa, dan detik jer. Cuti deepavali dan cuti raya haji. Alhamdulillah dapat juga aku balik raya haji tahun nie. Tahun lepas aku raya haji di universiti utara malaysia tersayang. Satu pengalaman baru untuk aku sepanjang bergelar mahasisiwi di sini. Pengalaman menarik sebabnya aku tak balik rumah. Bukan selalu aku buat. Hehe. Untuk semester ini aku cuba untuk mencari tiket balik. Penat cari tiket bas balik kamlung nie. Aku pun beli tiket bas agak lambat. Mulanya aku nak beli tiket kat stesen bas changlun. Tapi offline pulak. Adoii.. Dalam hati aku dah susah hati tau. Camner aku nak beli tiket nie. Takkan sekali lagi aku kena raya dan bercuti kat uum. xmauuuuuuuu. Hati sedih waktu tue. Akhirnya aku ambil keputusan untuk ke shahab perdana. Dalam hati dah fikir macam-macam. Ada ke tak tiket bas nie. Alhamdulillah sampai jer dekat kaunter bas shahab perdana dan.......................................................akhirnya aku berjaya memperoleh tiket bas pergi dan balik kampung. Huhu. Hati aku memang riang gembira. Haha. Suka giler. Rasa macam nak melompat kegirangan macam kanak-kanak. Haha. Kepada semua kawan-kawan aku, SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING. KEPADA KAWAN-KAWAN AKU YANG TIDAK BERKESEMPATAN UNTUK PULANG KE KAMPUNG JAGA DIRI BAIK-BAIK DI UUM NIE.
p/s : menghitung hari...................................xsabar nak balik kampung...
http://blogbudakkurus.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.