Isnin, 29 September 2014

Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum dan selamat malam rodong2 sekalian.

     Upsss. Tetiba keluar bahasa pahang pulak. Haha. Efek baru balik bukit tinggi. Kui3. Alkisah kami berdua tetiba pergi sana. Puas memikir nak gi jalan mana yang dekat. Aku punya cadangan memula pergi putrajaya. Kot2 boleh fefèeling snap pic bebanyak kat sana. Tengok cuaca panas dgn sakit perut aku lagi. Aigoooo. Stress. Last2 sopiko lala cakap jom naik kete cepat. Kita g satu tempat. Dalam otak aku nie opkoslah jenjalan area kl jer. Muka blurrr jer kata ok. Dah masuk kete sumer dia cakap jom g cameron. Omg, terkejut tau. Buang tebiat ke apa. Aku follow jer lah. Otw jalan nampak signboard bukit tinggi n genting. Muncul idea, eh jom p bukit tinggi. Cameron cam jaoh jer. Hahaha. Aku cuma cakap ok dengan muka gembira. Kui3. Terus hilang sakit perut tue. Poyo jer.
    Untuk pengetahuan semua, nak masuk colmar tropicale nie kena bayar yer kawan-kawan. Korang bayar RM12 untuk dewasa. So, total kami berdua RM24. Oklah jugak. Tapi tasa macam tak berbaloi pulak untuk aku sebab aku datang pun dah petang. Mana tak nya aku gerak dari KL pukul 2.30 pm camtu pas makan kenduri. Masuk kejap jer. Tangkap gambar ala kadar pastu balik. Tapi oklah jugak sebab korang boleh rasa susasana ala french gitu. Tengok bangunan lah yer. So nice. Hehe. Dah tak payah gi french. Dah ada yang iras2. Jadi lah daripada takda kan. Info sikit dari Kl ke bukit tinggi nie takda lah jauh sangat rupanya. Dalam 48km camtu. Bolehlah kalau nak lari daripada kota metropolitan sebentar.
     So, berjayalah kitorang sampai bukit tinggi dengan jayanya. Yeehaaaa. Jom tengok gambar yang sempat snap.













Muka nak balik sebab sakit perut menyerang kembali. Hihihi. Kbye.

#ColmarTropicaleBukitTinggi
#24September2014
#Ahad
#WithMrMohdSoffiMohdTif

The End



Sabtu, 2 Ogos 2014

Cerita Rayaku 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi semua !!

Cuaca pagi yang cerah hari nie. Baru balik ke Kl semalam. Alhamdulillah jalan tak jem. Selamat sampai dengan jayanya. :) Seronok sangat bercuti selama seminggu di kampung Selendang. Huhu. Hari raya pertama beraya bersama keluarga tersayang dan kawan2 lama kat selendang. Setiap tahun reunion raya dengan mereka. Feeling like happy. Tunggu masa berpunya jer tahun depan. Haha. Jom rolling gambar raya pertama :








Raya kedua dengan kawan2 Seri Rompin 07/08 (Kg Gading, Muadzam, Keratong, Selancar)











Raya Keempat Shahrol, ninie, faiz, yob & wife, paan, suraya datang Selendang. Thanks geng !!



#HabisDahJourneyRayaKatKampung
#ThanksALotKengkawan
#SelendangSeriRompin

SALAM AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
Kepada semua yang mengenali diri ini. LUv u. :)

Sabtu, 19 Julai 2014

Takziah #MH17

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..!!!

Salam ramadhan buat semua umat Islam di dunia. Pada 17 Julai baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita kapal terbang MAS a.k.a MH17 telah terhempas di Ukraine. Takziah buat waris penumpang MH17. Semoga anda semua tabah menghadapi ujian ini. Terkejut dengan berita MH17 kerana sebelum nie kita telah dikejutkan dengan kehilangan MH370. Shock sekejap. :'(

**Untuk berita lebih lanjut tentang MH17 boleh melawat page astro awani. Klik link nie :


#PrayForMH17
#PrayForGaza
#SalamRamadhan

Ahad, 6 Julai 2014

My design button badge ~~ yeehaaa

Assalamualaikum dan selamat tengahari.

Nampak sangat baru bangun kan. Tengahari sudah. Layan running man episod 192 dan 193 pagi tadi. Huhuhu. Letih banget. Ok hari nie aku nak share design button badge yang aku design sendiri. Nie namanya pakai hentam jer. Sebab dah bosan sangat kot. So, aku design lah untuk diri sendiri. Nak kahwin pon entah bila kan. Tapi boleh bagi idea kat kawan2 yang tengah cari design button badge untuk wedding dorang. Untuk mereka yang suka design simple dan xsarat sangat. I'm a new beginner tau. So, xda lah pro nan buat design yang lelawo nie. K, let's check it out.












#TheEnd #HaveANiceWeekend

Ahad, 29 Jun 2014

Ceritera Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua..

First story tentang Ramdhan. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk menyambut bulan Ramadhan buat kali kedua puluh empat. Alhamdulillah. Semalam dah start solat terawih. Aku buat kat rumah jer. Sebab mata pon dah ngantok. Kalau aku solat kat surau memang konfem aku terlentok2 pastu fikiran melayang. Pasal tue lah solat terawih first kat rumah  jer. Tapi ok lah kan. Alhamdulillah selesai. Sahur pagi  tadi pun dengan air mineral jer. Sebabnya malam tadi aku dah bedal satu bungkus roti ikan bilis sebelum tido. Hehehehehehe. Fikir tentang makan untuk berbuka. Oh lalalalalalaa. Mesti xtau nak makan apa kan. Pasnie kena buat menu sebulan berpuasa. Senang jer nak makan dan pergi beli terus. Tak payah lah nak rambang mata kat bazar ramadhan kan. Huhuhuhu. Hari nie rasa nak makan benda berat sikit sebab esok kerja. Hehehehehe. Nak kena mengadap orang opis yang.............. Pening kepala aku. Dah tak larat nak layan. Poning3. Kena carii keje lain lah gamaknya sebab aku pon dah macam nak giler keje situ. Tak sesuai dengan jiwa aku kot dengan pilih kasih lagi. Aku pulak yang pening. Hahahahahahahhaa. K lah lastly, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK DAN JANGAN LUPA SOLAT TARAWIKH...JANGAN PONTENG PUASA TAU...!!!!! :)


Salam Ramadhan : Kosong - Kosong k..

Jumaat, 20 Jun 2014

Throwback..yeehaaaa..

Assalamualaikum dan haii semua..

Mengimbau kenanagan lalu. Cewahhh. Ayat nak bajet sedap jer kan. Hahahahaha. Malas nak tulis blog dah sekarang. Busy mengalahkan PM lah katakan. Penat sangat2 sampai dah xlarat nak menulis. Ada banyak idea. Tapi sekarang idea pon dah tinggal sekerat2 jer. Sebab dah x ingat. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menulis lagi. Yeayyyyy. First story tentang my lovely car. Yeehaaaa. Akhirnya loan sumer lepas dan dapatlah sebijik keta proton saga kaler merah youuu. Hahaha. Motif warna merah kan. Sebenarnya aku nak sangat keta kaler hitam. Smart sikit. Blehlah nak makeup2 bagai. Tapi sebab my bf nak kaler merah kan. So, ikutkan jer lah. Nak wat camner kan. Tapi kaler merah pon canteq jugak sebenarnya.Alhamdulillah YA ALLAH. Diberi rezeki untuk memiliki kereta. :) Aku ambil kereta proton saga merah pada 20 MEI 2014. Sekarang dah cukup sebulan umur my lovely car. Sekarang ada dekat abah dia. Huhu. Baik hati kan bagi pinjam kat bakal ayah mertua. Cewah. Ameklah sikit gambar nie. Aku google jer. Keta xsmpat nak snap pic. Hahahaha.


Then, pada 6 jun pulak aku balik kampung. Alhamdulillah selamat sampai. Gerak pas balik kerja hari jumaat, Jalan jem. Oh penat sangat walaupun bukan aku yang memandu. Adehhh lah. Hahhahaha. Takpe lah atleast selamat sampai kampung. Balik hari ahad pukul 3 petang dan harap maklum jalan jem jugak. Aku bawa sopi datang kl. Nak cari keje katanya, sekarang dah keje buat air kat shah alam. Alhamdulillah, rezki sebelum puasa. Nanti belanja aku yer. Hahaha.



12 jun pulak besday Mohd Soffi bin Mohd Tif. Love u so much sayang. Upssss. Hahaha. Takde lah nak bagi kek2 nie. Tapi wish 2 kali ok. At least kita ingat kat dia. Itu yang penting. Happy birthday with lots of love. Nah amek cup cake setepek. Hhahahahaha. 

20 jun, Jumaat. Hari nie punya cerita pulak aku senggugut plus sakit perut yang teramat sangat. Macam nak apa dah. Duduk kat opis pon dah macam orang giler. Hahaha. Kejap2 masuk toilet. Banyak kali ok. Hahaha. Balik opis terus beli kebab a.k.a kebabom.. Nyum3. Sedap. Perut dah takde isi kan. Sekarang pon masih ada sisa sakit perut sikit, Harap2 esok dah ok lah yer. Penat nak tahan. Tak larat. Huhuhuhu. K, lah nak tido. Kbye. Berehat pulak. Wsalam 

Khamis, 24 April 2014

Nogori Sembilan & Melaka

Assalamualaikum dan hai semuaaa...!!

Lama x menjenguk blog nie. Almaklumlah semenjak kerja. Haha. Poyo jer semua tu. Alkisah cuti sabtu baru nie. Muka konfiden dan semangat waja lepas habis kerja pukul satu kami berdua terus bergegas ke negeri sembilan untuk kenduri kecil-kecilan sebelum abah sopiko lala dan geng2 seangkatannya pergi menunaikan Umrah. Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan walaupun cuaca panas terik tapi tetap ada mendungnya. Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya. Yeayyyy. Sampai saja di Negeri sembilan dalam pukul 3 lebih kalau tak silap aku. Huhu. Apa lagi yang mampu aku buat kan. Masa untuk makan....!!!!!! Hahaha. Perut dah macam dinosour tahap lapar tu. Ngap ngap ngap. Kenyang. Rehat dan sembang2 dengan ahli keluarga. Haha. Bajet kan. Padahal duk melangut layan running man. Upssss. Sape pulak pasang citer Running man nie. Adehhhh.

Then, masa untuk bergerak balik ke kl. Tetiba abah sopiko lala nie boleh  pulak ajak gi melaka. Aku dah lah tak bawa kain baju bagaiii. Ohhhhh. Tapi nak buat camner kan. Aku redah jer gi melaka saing2 ngan abah sekeluarga. Sampai Merlimau melaka pon dah malam. Pas maghrib camtu kalau xsilap aku. Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya. For your information, cewahhhhh!! kami berdua naik motor jer k. Perghhhh. Gigih giler kan. Nak tercabut urat2 aku. Hahahahahaha. Esoknya ahad, g breakfast ngan abah sefamily dan keluarga abg ngah. Okehhh. Dah mula kenal adik beradik sopiko lala nie ok. Kenal dengan jayanya. Pas dah breakfast kitorang gerak asing2. Aku ngan sopiko lala bergerak ke bandar hilir. Jenjalan jer lah dah alang2 sampai kan. Then, gerak balik sampai basah (ujan lebat kat seremban). Pastu selamat sampai KL lewat petang. Alhamdulillah. Jom rolling balik gambar2 kat melaka. Mengimbas kenangan lalu. Hahahahaha. Layannnnn.










#TheEnd #KamiBerdua #N9 #Melaka #19April2014 #20April2014 #jHappy #Jelajah 

Rabu, 12 Mac 2014

#Refresh

Assalamualaikum dan hai semua...!!!

Update blog. Haha. Dah lama x update kan. Refresh balik gambar2 lama. Zaman bila ntah outing ngan dia nie. Hahaha. Tetomeiii sangat. ILYSM.. <3



#PrayForMH370

Assalamualaikum dan hai semua..

Sedih bila dengar berita bermacam-macam andaian yang orang buat tentang kehilangan mh370 nie. Rasa takut kan. Mana tak nya bila terlampau banyak spekulasi yang timbul. Ermmmm. Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku. So, kita semua hendaklah berdoa jer lah untuk keselamatan kesemua penumpang dan anak kapal. Aminnn...

#PrayForMH370
#PrayForMH370
#PrayForMH370
#PrayForMH370
#PrayForMH370
#PrayForMH370
#PrayForMH370
#PrayForMH370
#PrayForMH370
#PrayForMH370
#PrayForMH370
#PrayForMH370

Ahad, 2 Februari 2014

Outing Lagi..!! Oh yeah..

Assalamualaikum dan hai semua..

Nothing say. Just picture. Ohh yeah. Outing ngan kengkawan kat Kuantan. Wayang, bowling, makan, lepak2. Nice & simple activities that we do. Huhu. See u again my frenz.. Hoho.
Lokasi : Kuantan
Lepaking Capital mall, Berjaya Megamall, Mamak Corner
Tarikh : 01 Februari 2014




"Berjohnny's"
Robocop..oh yeahhh..best3..










Bowling time...




"Berselfie"

Lastly..lepak mamak..pengakhiran jalan2 harinie..

#Done
#OutingMemberSelendang
#KamiKawanRapat
#01Februari2014