Sabtu, 22 Oktober 2011

Oooo balik kampung~~



Assalamualaikum semua...
Nothing to say. hehe. Hati aku tersangatlah EXCITED sebab menunggu detik nak balik ke rumah @ TERATAK 71 yang aku sayangi. I want to meet my lovely mum and dad and also my younger sister and younger brother. hati pun berbunga-bunga. of course lah sebab dapat cuti mid sem sampai 11 november. satu jangka masa yang lama untuk kita bercuti. aku balik hari isnin, 24 oktober 2011... Tiket bas dah beli. Tinggal menghitung hari, hari, masa, dan detik jer. Cuti deepavali dan cuti raya haji. Alhamdulillah dapat juga aku balik raya haji tahun nie. Tahun lepas aku raya haji di universiti utara malaysia tersayang. Satu pengalaman baru untuk aku sepanjang bergelar mahasisiwi di sini. Pengalaman menarik sebabnya aku tak balik rumah. Bukan selalu aku buat. Hehe. Untuk semester ini aku cuba untuk mencari tiket balik. Penat cari tiket bas balik kamlung nie. Aku pun beli tiket bas agak lambat. Mulanya aku nak beli tiket kat stesen bas changlun. Tapi offline pulak. Adoii.. Dalam hati aku dah susah hati tau. Camner aku nak beli tiket nie. Takkan sekali lagi aku kena raya dan bercuti kat uum. xmauuuuuuuu. Hati sedih waktu tue. Akhirnya aku ambil keputusan untuk ke shahab perdana. Dalam hati dah fikir macam-macam. Ada ke tak tiket bas nie. Alhamdulillah sampai jer dekat kaunter bas shahab perdana dan.......................................................akhirnya aku berjaya memperoleh tiket bas pergi dan balik kampung. Huhu. Hati aku memang riang gembira. Haha. Suka giler. Rasa macam nak melompat kegirangan macam kanak-kanak. Haha. Kepada semua kawan-kawan aku, SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING. KEPADA KAWAN-KAWAN AKU YANG TIDAK BERKESEMPATAN UNTUK PULANG KE KAMPUNG JAGA DIRI BAIK-BAIK DI UUM NIE. 

p/s : menghitung hari...................................xsabar nak balik kampung...

http://blogbudakkurus.blogspot.com/ 

Khamis, 13 Oktober 2011

I Love Domo Domo ~~

Assalamualaikum semua....!!!!!!!
xda apa nak cerita sebenarnya. tapi cuma nak kongsi tentang domo domo nie. tetiba aku minat sangat kat domo nie bila ternampak beg domo domo kat pasar. tapi waktu aku nampak beg domo domo nie aku xdalah perasaan nak beli. tapi lepas duduk kat uum nie dalam satu jangka masa yang lama tetiba jer aku suka plak kat domo kun nie. comey plus plus plus cute. huhu. sekarang aku dah ada dua beg domo domo, gadjet handset domo domo, dan tshirt domo domo. huhu. comey sangat. sukanya. hehe.

http://blogbudakkurus.blogspot.com/ 

Rabu, 21 September 2011

Nasi Ambeng - Mengeratkan silaturrahim

Assalamualaikum semua...

Masih lagi berada dalam mood raya. Aku hanya ingin berkongsi cerita pada hari raya ketiga. Pertemuan dua buah keluarga (keluarga aku + keluarga mak cik aku) untuk makan nasi ambeng dalam talam. Maksudnya makan beramai-ramai dalam satu talam. Memang best sangat. Sebab sebelum ini aku tak pernah ada pengalaman makan dalam talam nie. Terbaik lah bagi aku. Dapat mengerakan silaturrahim dan dapat mengurangkan tenaga kerja untuk membasuh pinggan. Hehe, yelah sebab kena basuh empat talam jer. Senang dan mudah kan. Haha. Sebenarnya majlis makan-makan nie dapat megeratkan hubungan kekeluargaan antara dua keluarga. Menu nasi ambeng dalam talam nie adalah seperti nasi putih, ayam masak kicap, bihun goreng, ikan masin, sambal goreng, rempeyek, dan serunding daging. Perghhh, memang sedap giler. Huhu. Apapun ini merupakan satu pengalaman baru bagi aku. Aku rasa InsyaALLAH, tahun depan raya mungkin akan buat makan-makan nasi ambeng dalam talam nie. Nasi ambeng nie kiranya makanan orang jawa lah yer. Memang sodap. Menjilat jari lagi (sunnah nabi abg ipar aku cakap sampai suruh aku wat jugak, hehe). Terima kasih kepada mereka semua yang telah menjayakan program makan-makan nasi ambeng dalam talam nie. Di sini aku sertakan gambar-gambar yang telah aku tangkap untuk nasi ambeng nie. TERBAIK~ ~ ~   \(^,^)/




http://blogbudakkurus.blogspot.com/