Masih lagi berada dalam mood raya. Aku hanya ingin berkongsi cerita pada hari raya ketiga. Pertemuan dua buah keluarga (keluarga aku + keluarga mak cik aku) untuk makan nasi ambeng dalam talam. Maksudnya makan beramai-ramai dalam satu talam. Memang best sangat. Sebab sebelum ini aku tak pernah ada pengalaman makan dalam talam nie. Terbaik lah bagi aku. Dapat mengerakan silaturrahim dan dapat mengurangkan tenaga kerja untuk membasuh pinggan. Hehe, yelah sebab kena basuh empat talam jer. Senang dan mudah kan. Haha. Sebenarnya majlis makan-makan nie dapat megeratkan hubungan kekeluargaan antara dua keluarga. Menu nasi ambeng dalam talam nie adalah seperti nasi putih, ayam masak kicap, bihun goreng, ikan masin, sambal goreng, rempeyek, dan serunding daging. Perghhh, memang sedap giler. Huhu. Apapun ini merupakan satu pengalaman baru bagi aku. Aku rasa InsyaALLAH, tahun depan raya mungkin akan buat makan-makan nasi ambeng dalam talam nie. Nasi ambeng nie kiranya makanan orang jawa lah yer. Memang sodap. Menjilat jari lagi (sunnah nabi abg ipar aku cakap sampai suruh aku wat jugak, hehe). Terima kasih kepada mereka semua yang telah menjayakan program makan-makan nasi ambeng dalam talam nie. Di sini aku sertakan gambar-gambar yang telah aku tangkap untuk nasi ambeng nie. TERBAIK~ ~ ~ \(^,^)/
http://blogbudakkurus.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.