Rabu, 21 September 2011

Nasi Ambeng - Mengeratkan silaturrahim

Assalamualaikum semua...

Masih lagi berada dalam mood raya. Aku hanya ingin berkongsi cerita pada hari raya ketiga. Pertemuan dua buah keluarga (keluarga aku + keluarga mak cik aku) untuk makan nasi ambeng dalam talam. Maksudnya makan beramai-ramai dalam satu talam. Memang best sangat. Sebab sebelum ini aku tak pernah ada pengalaman makan dalam talam nie. Terbaik lah bagi aku. Dapat mengerakan silaturrahim dan dapat mengurangkan tenaga kerja untuk membasuh pinggan. Hehe, yelah sebab kena basuh empat talam jer. Senang dan mudah kan. Haha. Sebenarnya majlis makan-makan nie dapat megeratkan hubungan kekeluargaan antara dua keluarga. Menu nasi ambeng dalam talam nie adalah seperti nasi putih, ayam masak kicap, bihun goreng, ikan masin, sambal goreng, rempeyek, dan serunding daging. Perghhh, memang sedap giler. Huhu. Apapun ini merupakan satu pengalaman baru bagi aku. Aku rasa InsyaALLAH, tahun depan raya mungkin akan buat makan-makan nasi ambeng dalam talam nie. Nasi ambeng nie kiranya makanan orang jawa lah yer. Memang sodap. Menjilat jari lagi (sunnah nabi abg ipar aku cakap sampai suruh aku wat jugak, hehe). Terima kasih kepada mereka semua yang telah menjayakan program makan-makan nasi ambeng dalam talam nie. Di sini aku sertakan gambar-gambar yang telah aku tangkap untuk nasi ambeng nie. TERBAIK~ ~ ~   \(^,^)/




http://blogbudakkurus.blogspot.com/

Selasa, 20 September 2011

Kembali ke Universiti tercinta....


Alhamdulillah sudah hampir seminggu aku berada di UUM ini untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar. Aku mengharapkan supaya sem ini aku dapat melakukan yang terbaik. InsyaALLAH. Walaupun mungkin sukar tapi aku akan berusaha sebaik mungkin. Hehe. Yup, Chaiyook2 Ain. Bagi semangat kat diri sendiri ea. Seme 5 nie, aku ambil lima subjek je (International business, Korean Language, Komunikasi Organisasi, Etika Perniagaan Islam, dan Family Business). Agak mencabar juga subjek-subjek yang aku ambil untuk sem nie. Takut tak mencapai target yang aku tetapkan. InsyaALLAH, aku akan melakukan sebaik mungkin. Huhu. Perjalananku masih jauh lagi. Tinggal 2tahun sebelum aku meninggalkan UUM ini. Nanti mesti rindu kat UUM kan. Hehe. Good Luck to all of my frenz. Do the best for this semester k. Ini sahaja coretanku untuk hari ini. Daaaaaa...

http://blogbudakkurus.blogspot.com/

Sabtu, 17 September 2011

Angry Birds ~~~


toink..toink..
hehe. aku menjadi gila apabila melihat pelbagai koleksi anry birds di pasaran. haha. sebenarnya tadi aku keluar ke jitra bersama dua orang kawanku. tiba-tiba aku nampak apa yang aku mahukan. haha. nak tau tak apa benda. jawapannya senang jer. kat tajuk pun dah tulis kan. "ANGRY BIRDS" yang comey tahap comel. huhu. aku jadi rambang mata kejap. haha. mengarut jer aku nie. akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli gadjet henpon angry birds warna merah dan t-shirt angry birds warna merah juga. puas hati. akhirnya berjaya juga aku memilikinya. sungguh comey walaupun angry birds tu muka dia marah. lagi mau tanya kenapa angry birds muka marah ke. huhu. ANGRY= marah. jawapan yang ringkas, padat, dan mutakhir untuk maklumat semua. apapun gembira sangat dapat keluar bersama kawan-kawan. sebenarnya tak pernah pun keluar ke bandar jitra dengan mereka berdua ni. alhamdulillah diberi kesempatan untuk keluar dengan mereka. walaupun penat sangat tapi enjoy. lepas tu, aku dapat juga ambil sehelai seluar jeans dan kasut. tambah lagi dengan membeli sehelai baju "domo-domo"  dan "spongebob" yang tersangatlah cute dan comey. habis duit aku. waaaaaa. lari bajet dalam rm9. huhu. takpelah. sekali-sekala.haha. oklah. sampai di sini sahaja coretanque untuk kali ini. arigato gozaimasu sebab sudi baca. daaaaaa. \(^,^)/

http://blogbudakkurus.blogspot.com/